“Kopi Madad ni Kopi Moringa juga ke?”
Haa… Soalan macam ni memang kami selalu dapat.
Sebabnya ramai yang salah faham ingatkan “Moringa” tu nama atau jenama.
Sedangkan ia adalah bahan. Daun kecil yang mempunyai khasiat yang banyak.
Kalau kami kata, ada sejenis pokok yang digelar pokok ajaib, percaya tak?
Ya, nama saintifiknya Moringa oleifera, orang kita panggil pokok dan daun kelor.
Sebenarnya ia dah lama digunakan dalam perubatan tradisional Asia dan Afrika. Tapi yang menarik, sekarang ini moringa bukan sekadar bahan masakan, ia sudah jadi salah satu bahan dalam kopi premium.
Kenapa? Sebab kajian moden mula bongkar rahsia khasiatnya.
Apa Yang Hebat Tentang Kopi Moringa?
Kajian dalam jurnal Phytotherapy Research (2018) menyebut bahawa kopi moringa kaya dengan antioksidan, zat besi, kalsium, magnesium, dan vitamin A, C serta E.
Semua ini penting untuk tenaga dan daya tahan badan.
✔ Antioksidan tinggi – Lawan radikal bebas, lambatkan kerosakan sel.
✔ Zat besi – Bantu pengangkutan oksigen, elak cepat letih.
✔ Kalsium & magnesium – Baik untuk tulang dan sendi.
Ada satu kajian dalam Journal of Food Science and Technology (2020) pula mendapati bahawa moringa berpotensi menurunkan keradangan dalam badan.
Ia merupakan satu berita baik untuk mereka yang selalu sakit sendi.
Bagaimana Kopi Moringa Madad Bantu Tenaga & Fokus?

Ramai yang rasa letih walaupun cukup tidur.
Sebabnya?
Nutrisi dalam badan anda tak seimbang.
Moringa kaya dengan zat besi. Ia akan bantu proses darah dalam badan anda untuk bawa oksigen ke seluruh badan.
Bila oksigen yang diterima oleh tubuh anda mencukupi, sel tubuh anda akan mampu untuk menghasilkan tenaga dengan lebih baik dan banyak.
Tambahan pula, vitamin B dalam moringa menyokong sistem saraf.
Hasilnya, otak dan minda anda akan jadi lebih mudah untuk fokus, fikiran lebih jelas.
Ini bukan teori atau sembang kosong.
Ada satu kajian dalam Asian Pacific Journal of Tropical Medicine (2016) yang telah mengesahkan moringa boleh menyokong kesihatan kognitif.
“Bagaimana Dengan Masalah Sendi?“
Sakit lutut, sakit sendi, pinggang lenguh dan macam-macam lagi adalah masalah biasa bila umur meningkat.
Kajian dalam Journal of Inflammation Research (2021) mendapati ekstrak moringa ada sifat anti-radang semula jadi.
Maksudnya, bila diamalkan, ia akan membantu dalam mengurangkan keradangan yang menyebabkan rasa sakit pada sendi.
“Sekarang, Bayangkan Moringa Dalam Secawan Kopi…“
Ramai suka kopi, tapi kopi biasa hanya beri kafein.
Apa jadi kalau kopi premium digabung dengan moringa?
Anda bukan sahaja dapat rasa kopi yang wangi dan sedap, tapi anda juga dapat nutrisi tambahan yang sukar anda dapat kalau tak ambil suplemen.
Di sinilah hadir Kopi Madad, kopi premium yang diperkaya dengan moringa, probiotik, multivitamin dan omega-3 serta beberapa bahan lain lagi.
Kombinasi ini menjadikan ia lebih daripada sekadar kopi.
✔ Tenaga stabil – Kopi premium + moringa.
✔ Fokus tajam – Omega-3 untuk otak.
✔ Sendi sihat – Nutrisi anti-radang dari moringa + omega-3.
✔ Penghadaman lancar – Probiotik.
Semua ini dalam satu sachet, bukan dalam botol pil yang anda kena telan setiap pagi.
Jom Dapatkan Kopi Moringa Madad!
Moringa bukan sekadar herba lama. Ia disokong kajian sains sebagai sumber nutrisi lengkap untuk tenaga, imuniti dan kesihatan sendi.
Bila ia hadir dalam bentuk kopi seperti Kopi Madad, ia jadi pilihan yang praktikal dan mudah diamalkan setiap hari.
Kalau anda penggemar kopi tapi mahu lebih daripada sekadar rasa sedap, ini jawapannya. Dengan Kopi Madad, anda bukan sekadar mengopi, anda sedang melabur untuk kesihatan jangka panjang.
Hari ini anda minum kopi untuk segar, esok anda rasa tubuh lebih ringan. Itulah kelebihan kopi moringa.