“Selalu dengar orang cerita pasal Kopi Madad. Apa yang special sangat?”
Haa… Ada benda yang kami nak share. Jom baca.
Hidup kita sehari-hari, memang sentiasa sibuk. Tapi, antara perasan atau tidak, ada satu benda yang boleh buat mood kita sentiasa okay walaupun kita terkejar ke sana sini.
Tahu apa dia?
Secawan kopi.
Aroma kopi, fuh. Memang menenangkan.
Sebab itulah kalau kita perasan, waktu mengopi di awal pagi memang susah kita nak lepaskan.
Ada kerja? Kopi dulu.
Akan sibuk seharian? Kopi dulu.
Cuma, ada satu silap orang kita bila mengopi. Satu, minum kopi manis yang akan jejaskan kesihatan. Dua, minum kopi “kosong” yang memang kosong. Maksudnya, tak berikan apa-apa manfaat untuk kesihatan.
Rugi kan?
Sebab itulah ramai yang mula beralih kepada kopi yang diperkenalkan oleh ustaz selebriti, Ustaz Yaakub Yusra, iaitu, Kopi Madad.

Kenapa kopi ini semakin disebut-sebut? Apa istimewanya sampai ada yang sanggup berkongsi testimoni panjang lebar tentang perubahan yang mereka rasa? Untuk faham cerita ini, kita kena mulakan dari satu cerita.
Sebuah Kisah Biasa-biasa Menjadi Luarbiasa
Ada seorang sahabat ni, Farhan namanya. Dulu, dia memang selalu sangat mengeluh letih. Oh. Dia pun peminat kopi.
Masa muda-muda, kopi memang semacam berikan tenaga untuk dia. Tapi makin lama, makin hilang kesan kopi tu.
Bayangkan daripada seorang yang fit, dia mula jadi lesu, susah nak fokus dan kerja dia pun dah mula susah nak siap. Dia pun dah mula sakit badan dan sakit sendi. Tak selesa.
Satu hari, dia nampak iklan Kopi Madad ni di Facebook. Tapi macam biasa. Bila dia tengok dan dengar apa yang Ustaz Yaakub Yusra share, dia rasa macam, “Ah, kopi je pun. Apa beza?”
Dia tak tahu yang MADAD bukan sahaja terkenal sebab masjid cantik, tapi sebuah hub kajian. Sebab itulah dia jadi skeptikal.
Tapi, makin lama, makin banyak pulak iklan ustaz lalu.
Dia pun, “Boleh kot cuba dulu.”
Lepas seminggu, dia yang sibuk promote dekat kawan-kawan lain. Sebabnya, dia rasa lebih bertenaga, dan sakit sendi serta sakit badan semuanya hilang.
“Aku tak tahu nak cakap macam mana,” katanya. “Tapi aku rasa lebih bertenaga. Perut pun rasa selesa, tidur malam pun lebih lena.”
Apa Sebenarnya yang Buatkan Kopi Madad Berbeza?
Ramai orang, bila sebut mengenai kopi, dia cuma kaitkan dengan kafein. Minum untuk hilangkan mengantuk, dapat ‘kick’ supaya mata segar.
Tapi kopi yang satu ini menggabungkan lebih daripada itu. Ia dihasilkan dengan bahan-bahan terpilih, bukan sekadar untuk bagi tenaga sementara, tetapi untuk bantu kesihatan tubuh secara keseluruhan untuk tempoh masa yang panjang.
Di sinilah ramai yang mula tertarik. Sebab bila bercakap tentang kesihatan, kita mahu sesuatu yang bukan hanya sedap, tapi memberi kebaikan. Bahan semula jadi yang digunakan menjadikan kopi ini berbeza.
Ada yang membantu melancarkan penghadaman, ada yang baik untuk tenaga berpanjangan, dan ada yang memberi rasa kenyang lebih lama.
Paling best, ada juga bahan di dalam Kopi Madad ini yang akan membantu mengurangkan masalah sakit sendi.
Apa Bahan Penting dalam Kopi Madad?
Rahsia Kopi Madad bukan pada biji kopi semata-mata, tetapi pada campuran bahan semulajadi yang mempunyai nilai kesihatan. Antara bahan yang ada:
- Kopi Premium – Memberi rasa lebih halus dengan aroma yang memikat.
- Moringa – Kaya dengan antioksidan dan nutrien penting untuk menyokong tenaga dan kesihatan dalaman.
- Probiotik – Membantu keseimbangan bakteria baik dalam usus, meningkatkan sistem penghadaman dan imuniti.
- Multivitamin – Melengkapi keperluan nutrisi harian supaya badan kekal bertenaga.
- Omega 3 – Menyokong kesihatan sendi dan jantung, serta membantu mengurangkan keradangan.
Gabungan ramuan ini menjadikan kopi bukan sekadar minuman biasa, tetapi satu pilihan bijak untuk menyokong gaya hidup sihat dan aktif.
“Okay. Tapi macam mana Kopi Madad bantu hilangkan lesu?”
Rasa letih atau lesu walaupun cukup tidur memang berpunca daripada kekurangan nutrisi atau zat penting.
Bila ini berlaku, proses penghasilan tenaga dalam badan pun akan terjejas.
Campuran kopi premium dengan kafein dalam jumlah terkawal memberi rangsangan tenaga segera, namun apa yang membezakannya ialah tambahan bahan semulajadi lain seperti:
- Moringa – Sumber antioksidan, zat besi dan vitamin yang membantu melancarkan peredaran darah, mengurangkan rasa letih dan meningkatkan stamina.
- Probiotik – Menyokong kesihatan usus supaya penyerapan nutrien lebih baik, sekali gus mengoptimumkan penghasilan tenaga.
- Multivitamin – Lengkap dengan vitamin dan mineral yang membantu metabolisme tubuh agar kekal bertenaga sepanjang hari.
Berbanding kopi biasa yang hanya berikan tenaga sementara kemudian akan buatkan tubuh anda crash, gabungan bahan ini memberikan sumber tenaga yang stabil dan menyokong fungsi tubuh dari dalam.
“Tapi… Untuk kesihatan sendi?”
Kalau anda nak tahu, masalah sakit sendi kerap berlaku akibat keradangan (rasa macam pedih, terbakar, sakit) dan kekurangan asid lemak baik.
Inilah sebab omega 3 menjadi bahan penting dalam Kopi Madad kerana ia membantu mengurangkan keradangan dan meningkatkan kelenturan sendi. Ditambah dengan moringa yang kaya dengan kalsium dan mineral, ia membantu mengekalkan kekuatan tulang.
Kombinasi ini sesuai untuk mereka yang aktif atau berusia 30 tahun ke atas yang mula rasa sakit lutut, sukar duduk bangun, atau kurang fleksibiliti.
Kopi ini boleh jadi cara mudah mendapatkan nutrien tanpa perlu menelan banyak pil.
“Saya nak tengok testimoni boleh?”
Mestilah boleh.
Antara testimoni untuk anda baca.




Ada banyak lagi testimoni yang kami boleh kongsi dengan anda.
Jom baca penerangan penuh Kopi Madad di sini.