Khasiat Daun Moringa Yang Ramai Tak Tahu

“Betul ke ada banyak khasiat daun moringa? Macam hype je lebih.”

Pernah tak dengar tentang pokok moringa? Atau nama lainnya, pokok kelor?

Mungkin kalau anda tengok depan mata, nampak biasa-biasa saja, tapi sebenarnya daun moringa ni memang luar biasa.

Di kampung, ia biasa digunakan dalam masakan. Tapi hari ini, seluruh dunia mula buka mata, terutamanya selepas kajian demi kajian yang menunjukkan banyak sebenarnya khasiat daun moringa yang boleh bantu kesihatan kita, dari hujung rambut sampai ke hujung kaki!

Jadi, jom kita baca lebih lanjut mengenai daun kecil yang luarbiasa ini.

Apa Itu Daun Moringa?

Daun moringa merupakan daun yang datang daripada pokok yang dikenali sebagai Moringa oleifera, sejenis tumbuhan tropika yang tumbuh dengan mudah di Asia Tenggara, termasuk Malaysia.

Kalau anda tengok bentuk pokok ni, taklah besar mana, daun dia pun kecil saja, tapi penuh dengan khasiat dan nutrien.

Daun ini boleh dimakan mentah, dimasak, dijadikan teh, serbuk, atau diekstrak menjadi kapsul dan dimasukkan dalam pelbagai produk kesihatan.

Tapi, yang paling popular sekarang ini adalah campuran di dalam kopi.

7 Khasiat Daun Moringa Yang Ramai Tak Tahu

1. Khasiat Daun Moringa – Kaya dengan Antioksidan

Daun moringa penuh dengan bahan antioksidan seperti quercetin dan klorogenik asid. Ini penting untuk lawan radikal bebas dalam badan kita.

Ia akan mengelakkan punca utama kepada penuaan awal dan pelbagai penyakit.

2. Kawal Gula Dalam Darah

Kajian juga menunjukkan bahawa daun moringa boleh membantu dalam menurunkan paras gula dalam darah.

Jadi sangat sesuai untuk orang yang ada diabetes atau nak elakkan risiko kencing manis.

3. Khasiat Daun Moringa – Kurangkan Keradangan

Kalau anda sering alami sakit sendi atau radang pada otot, moringa boleh bantu kurangkan bengkak dan ketidakselesaan secara semula jadi.

4. Sumber Vitamin dan Mineral

Daun moringa kaya dengan Vitamin A, B, C dan E, serta zat besi, kalsium dan magnesium. Semua ni penting untuk sistem imun, tulang, dan kulit yang sihat.

5. Khasiat Daun Moringa – Bantu Turunkan Kolesterol

Selain untuk membantu menjaga kesihatan jantung, moringa juga boleh bantu kawal kolesterol, sama macam fungsi biji chia atau oat.

Tapi bezanya, moringa lebih senang didapati dan lebih murah.

6. Bagus untuk Penghadaman

Mengandungi serat semula jadi, moringa bantu penghadaman, cegah sembelit, dan jaga kesihatan usus secara semula jadi.

7. Khasiat Daun Moringa – Bantu Tingkatkan Tenaga

Ini yang paling ramai suka. Bila anda mula mengamalkan moringa secara konsisten, badan rasa lebih bertenaga dan kurang letih.

Sesuai sangat untuk orang yang selalu sibuk dan kurang rehat.

Khasiat Daun Moringa Bila Dimasukkan Dalam Kopi

Sekarang ni, banyak produk inovatif gabungkan kebaikan herba dengan minuman kegemaran rakyat Malaysia iaitu kopi.

Bila moringa dimasukkan ke dalam kopi, kesannya memang luar biasa:

  • Gabungan tenaga segera (daripada kafein) dan tenaga tahan lama (daripada nutrien moringa)
  • Kurangkan ketagihan kopi biasa yang tinggi kafein tapi kurang khasiat
  • Bantu kurangkan sakit sendi, lenguh badan dan keletihan sambil nikmati secawan kopi panas

Dan yang menariknya, bila kita minum kopi moringa setiap pagi, kita bukan sahaja dapat rasa segar, tapi juga bantu kesihatan dalaman secara berterusan.

Khasiat Daun Moringa dalam Kopi Madad

Di sinilah ramai mula cari alternatif yang lebih mudah diamalkan setiap hari. Salah satunya ialah Kopi Madad.

Khasiat Daun Moringa - Kopi Madad

Kenapa kopi Madad? Sebab ia bukan sekadar kopi biasa. Kopi Madad diformulasikan dengan ramuan yang terbukti membantu kesihatan sendi, antaranya:

Moringa (Daun Kelor)

Kajian dalam Journal of Inflammation Research (2021) menunjukkan moringa kaya dengan antioksidan dan mempunyai sifat anti-radang semula jadi. Ini membantu mengurangkan keradangan yang menjadi punca utama sakit sendi.

Selain itu, moringa mengandungi kalsium dan magnesium – dua mineral penting untuk kekuatan tulang dan kelenturan sendi.

Omega-3

Asid lemak omega-3 terkenal kerana kemampuannya mengurangkan keradangan. Ia juga menyokong pelinciran sendi supaya pergerakan lebih lancar dan tidak sakit.

Gabungan moringa dan omega-3 dalam Kopi Madad menjadikannya minuman yang bukan sahaja memberi tenaga, tetapi juga menyokong kesihatan sendi secara berperingkat.

Kenapa Pilih Kopi Madad Berbanding Ubat?

✔ Mudah diamalkan setiap pagi.
✔ Tidak beri kesan sampingan seperti ubat tahan sakit.
✔ Menyelesaikan masalah dari akar punca – keradangan dan kekurangan nutrisi.

Ramai pengguna berkongsi selepas dua minggu amalkan, mereka rasa lutut lebih ringan, kurang kaku, dan boleh bergerak dengan lebih yakin.

Jangan tunggu sakit jadi parah. Mulakan dengan sesuatu yang mudah, seperti secawan Kopi Madad setiap pagi.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top